Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Ramadhan Telah Tiba...

                                       


Assalammualaikum...

Dah 10 hari Ramadhan berlalu. Masih belum terlambat untuk mengucapkan "selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia". Ramdhan kali ni berazam takmo beli makanan kat PARAM. Tapi hari pertama Ramadhan terpaksa jengah gak PARAM kat Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Kesian kat anak-anak yang terlalu seronok nak berpuasa dan berbuka.

Hari pertama berpuasa Umai bukan main lincah sangat. Dia ni bukan boleh percaya bab puasa ni. Masa berpuasa tahun lepas, boleh jer berminyak mulut pagi-pagi buta sebelum pegi taska. Bila tanya awak puasa ke tak, boleh lak jawab dia puasa. Umang aiiii.... mak awak ni tak buta lagi okeh. Dengan mulut berlemoih dengan minyak & comot walau dah mandi pagi tu. Tapi tahun ni memang dia berpuasa tanpa curi-curi makan ;)

Hari ke-2 berpuasa kami sekeluarga tak bangun sahur. Kunci jam pukul 4 pagi tapi bila jam berbunyi, kita pi matikan alarm. Memang kelaut la tido pagi tu. Umai bangun jer pagi nak gi sekolah terus muncung & marah-marah kenapa tak kejutkan dia bangun sahur. Si kakak tu takpe lagi. Ambil dia dari sekolah tengah hari tu memang nampak comot coz menangis lapar. Bila suruh berbuka takmo la pulak. Petang tu bila En. Lan nak pegi amik dari KAFA memang tak jumpa dia kat tempat biasa. Cari la sekeliling sekolah. Mya pun tak jumpa dia. Rupanya dah dok melepek kat kerusi kat kelas. Macam hazab sangat bila puasa hari tu. Terpaksa la En. Lan dukung dari kelas. Sampai rumah bukak tudung terus tidur. Dengan stoking pun m asih tersarung kat kaki. Wahai Umai... kat luar sana masih ramai yang sentiasa berpuasa demi kelansungan hidup. Kira bersyukur awak ni masih ada makanan, tempat tinggal dan segala-galanya. 

Kakak Mya lak berazam untuk kurus. Macam nak gelak guling-guling pun ada. Dia ni jenis badan mudah naik. Tapi bila berbuka makan tak hengat. Macam mana nak kurus tu ;). 

Friday, December 27, 2013

Orientasi Tahun Satu Sesi Persekolahan 2014





Esok merupakan Hari Orientasi Tahun 1/Pra Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2014. Macam mana la si kecik @ Bebe ni esok.

Thursday, November 21, 2013

Monday, November 11, 2013

Keluarga Saya


Bergambar kenangan Acu @ adik bongsu sebelum berangkat ke United Kingdom. Alhamdulillah ada gak ahli keluarga yang berjaya ke luar negara. Macam manalah rupanya dok kat sana. 4 ahun lak tu. Inilah hasil pengorbanan seorang ibu. Kami telah kehilangan arwah abah pada 16 Mac 1999. Selepas tu hanya emak yang membanting tulang membesarkan kami semua. Acu ketika arwah abah menghembuskan nafas terakhir baru berumur 4 tahun. Jika rindukan arwah abah, Acu akan menagis di dalam bilik. 

Bukanlah seorang ulat buku seperti mana pelajar-pelajar pandai yang lain. Dok kat rumah kalau tak tengok tv sampai lewat malam, kerjanya tak lain tak bukan dok baca komik (Kak Long supplier utama ;)), dan paling suka tidorrrr. 

Dalam gambar kat atas tu tak cukup gak ahli keluarga yang ada. Andak dengan Atam takder. Berdiri dari kiri Alang, Acu, Mak, Uda dan Anjang. Budak kenit dari kiri Nazih, Aboy, mak budak a.k.a Angah, mak budak gemuk a.k.a tuan punya blog, Mya dan Bebe.