Sunday, June 13, 2010

Sanggul Tinggi Tidak Haram...

Sanggul Arab TIDAK HARAM

SILA BACA SEMUA HUJAH UTK KEFAHAMAN YG JELAS DAN MUTLAK :)
Sanggul Arab - Is it haram

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.
May 18 at 8:19pm · Delete Post
#
========================
dan ni dari salah satu website yang membincangkan tentang sanggul ni:
Salam kepada adik2 sekalian,

Semoga kita semua dirahmati Allah. Sewajarnya dalam kita bercakap tentang sesuatu hukum, perkara "agak2" dan "rasa2" itu perlu dielakkan. Islam mendidik kita agar membuat sesuatu dengan yakin, bukan dengan "rasa2" dan "agak2". Apatah lagi bercakap tentang hukum, soal agama tak boleh dibuat dengan sekadar "agak2" dan sangkaan semata-mata.

Berkenaan dengan sanggul, tidak ada pun hadis atau pandangan ulama' yang mengatakan sanggul itu aurat. Jelas pandangan majoriti sarjana menyatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tangan hingga pergelangan. Wanita juga dinasihatkan agar tidak memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh yang boleh mengundang pandangan lelaki.

Begitu juga memakai pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki. Namun bentuk pakaian yang menarik perhatian ini adalah bergantung kepada suasana setempat. Ia subjektif, dan biarlah masyarakat yang menentukannya.

Tentang sanggul, biarlah kita bersederhana dalam mengamalkan Islam. Janganlah terlalu ingin "mencegah" sehingga kita seolah2 menyusahkan masyarakat. Kalau dah rambut panjang, tentulah kena ikat. Bila nak pakai tudung dengan baik tentulah ada sanggul. Takkan kita nak suruh wanita berambut pendek pula. Biarlah bersederhana lah. Jangan pakai kaedah sadd al-dhari'ah secara membuta tuli tanpa asas pengetahuan yang kukuh.

Soal lelaki akan terbayang itu soal peribadi dia lah. Islam sendiri suruh lelaki menjaga pandangannya dan menjaga hatinya agar tidak melakukan zina hati. Walaupun hakikatnya bukan senang untuk mengelakkan zina hati ini, kerana anak Adam telah ditetapkan untuk terkena sedikit sebanyak. (rujuk tulisan saya dalam jawapan kepada persoalan zina hati)

Tentang hadis kepala perempuan seperti bonggol unta, para sarjana hadis telah menghuraikannya iaitu mereka yang mendedahkan rambut mereka.

So saya harap jelas. Bersederhanalah mengamalkan ajaran Islam.
Sabda Rasulullah: "Awas daripada terlalu bersikap ekstrem dalam mengamalkan agama, kerana umat sebelum kamu telah hancur, kerana sikap eksrtem dalam beragama." [Muslim]

dan ini:

Assalamualaikum Warahmatullah.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.


Wallahualam.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=10564&rowstart=30

(credit to munna subri)
---------------
May 19 at 10:19pm ·
#
Farwina Faroque credit to wardina safiyyah:

from ustaz asri - the sanggul tinggi is NOT HARAM - kita tak boleh menyebarkan sesuatu yang kita pun belum pasti. hadith berkenaan (merujuk kepada posting pertama topik ini) tidak jelas samada bercakap mengenai sanggul atau jalan yg melenggok. yang lebih membawa mudarat ialah wanita yang berjalan dengan lenggok, dengan niat untuk menggoda.

isteri rasulullah seperti ummu salamah juga bersanggul, tetapi tidak jelas samada sanggul mereka tinggi atau tidak. ini kerana ummu salamah pernah mengatakan bahawa tidak perlu bagi wanita merungkaikan sanggul tatkala mandi.

~DIGALAKKAN ANDA UTK SEBARKAN ~ :)

Credit to http://farwinafaroque.blogspot.com