Tuesday, February 19, 2013

1 Million Women Purple Walk


APAKAH ITU 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK?

1 Miliion Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan di adakan serentak di seluruh negara. Program ini adalah selaras dengan Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani yang bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli Perwani di seluruh Malaysia dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai peranan serta sumbangan 1Malaysia Komuniti Perwani terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mac 2013 di Dataran Putrajaya.


Jika anda WANITA, jom kita sertai aktiviti ni. Selain beriadah boleh dapat kenal kawan-kawan baru. Siapa yang dah daftar sila komen ya.