Monday, December 30, 2013

Happy New Year..


Selamat tinggal 2013..... 
Selamat datang 2014....

Moga tahun yang mendatang akan mematangkan kita semua, tiada lagi perbalahan yang merugikan kita semua, diberikan kesihatan, kebahagiaan, kelapangan untuk kita semua.

Segala kepahitan, kesedihan, kekurangan pada tahun ini menjadi kekuatan untuk kita semua menghadapi segala cabaran yang mendatang. 

Salam Kebahagian Untuk Semua @@@@

Kenangan Hari Orientasi

Senarai nama sebelum ujian Dianostik

'Spot me'

Umai dengan Batrisya Umairah (teman ketika di Nasyrah Child Care Centre)


Friday, December 27, 2013

Tengok wayang ke buat wayang ???


Errkkk... memang tido siapp ZZZzzzz ler jawabnya.

Orientasi Tahun Satu Sesi Persekolahan 2014





Esok merupakan Hari Orientasi Tahun 1/Pra Sekolah Sesi Persekolahan Tahun 2014. Macam mana la si kecik @ Bebe ni esok.

Tuesday, December 24, 2013

Rempah Mak Pon



Rempah Asam Pedas
Berat : 450 gm
Harga : RM10



Sambal Ikan Bakar
Berat : 600gm
Harga : RM15


Rempah Soto
Berat : 250gm
Harga : RM10


Rempah Mee Bandung
Berat : 400gm
Harga : RM10


Testimoni dari pelanggan saya:




Sebarang pertanyaan/tempahan, meh call/Whatsapp/SMS 018-3594643.
Penghantaran percuma sekitar Putrajaya.
Untuk penghantaran Pos Laju harga kos pos akan diberitahu mengikut jumlah berat.

Monday, December 23, 2013

DiGizens Thank You Sale





Sesuai dengan bonus yang akan memenuhi akaun anda semua hujung tahun atau awal tahun nanti, bolehlah beli smartphone terkini untuk yang tersayang. Promosi Digi kembali lagi. DiGizens Thank You Sale sedang berlangsung dari 2 Disember 2013 hingga 5 Januari 2014. Mari kita tengok apa yang ditawarkan. Check it out...

Promosi Smartphone - Percuma

Samsung Galaxy Ace 3 
Samsung Galaxy Grand Quattro
Samsung Galaxy Note II
Samsung Galaxy S4
HTC One
Sony Xperia Z
Sony Xperia C

Tawaran Diskaun Smartphone

Samsung Galaxy Note III 
iPhone 5

Tawaran Modem Percuma

3G Modem
4G LTE Modem
3G MiFi
4G LTE MiFi 

Meh tengok terma dan syarat:

Hanya untuk pembelian online sahaja.
Bayaran pendahuluan bagi pelan + gajet diperlukan semasa pendaftaran.
Bayaran pendahuluan gajet anda akan dikreditkan semula kepada anda dalam bentuk rebet bulanan dalam tempoh 24 bulan.
Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk penghantaran gajet.
Bayaran Pendahuluan Pelan RM50 (tidak dikembalikan) perlu dibayar semasa mendaftar untuk broadband (untuk promosi Modem).

Meh tengok kelebihan yang anda dapat sebagai pelanggan pula :)

Setiap DG Smart Plan, untuk 2000 pelanggan pertama akan mendapat 1000 mata ganjaran Bonuslink serta percuma 1 bulan langganan.
Internet sehingga 6GB.
Panggilan tempatan perantauan dengan hanya 30 sen sahaja di negara-negara terpilih.
Panggilan Skype tanpa had ke 63 negara-negara terpilih.
Nikmati 30 juta lagu DEEZER.


Merchant / Brand :

Digi Telecommunications



Location :
Digi Telecommunications Storewide 


Summary :
FREE smartphones - only with DG SmartPlan™ End the year on a high note with a FREE smartphone and pair it up with DG SmartPlan™! 

Notes:
  • Plan + Device Upfront Payments are applicable upon sign up.
  • Your Device Upfront Payment will be credited back to you in the form of monthly rebates over 24 months.
  • Your Plan Advance Payment will be used to off-set the Monthly Fee in your first month's bill.
  • A fee of RM5 is applicable for the delivery of any FREE/RM0 devices.
  • Device prices are subject to change. Please refer to our for the latest prices and devices.
  • Terms & Conditions apply.

Store Location :

http://new.digi.com.my/cs/Satellite/Page/free_form_service/default/find_a_store

Balas Dendam atau ????


Cuba korang perhatikan tempat yang saya warnakan merah tu. Tu tempat minyak break disk. Penutupnya dah pun dicuri. Sedangkan nak membukanya bukan senang. Kejadian ni terjadi minggu lepas. Mujur la ketika ni bawak motor pun takder la laju mana. Hanya harapkan break kaki jer masa tu. Dah la kena order penutup tu. Lagi kesian, EO saya pun kena gak. Almaklumlah... parking sebelah jer. Sampaikan Cina kat kedai motor pun pelik macam mana benda alah ni boleh hilang. Pada yang sengaja atau tidak sengaja melakukan benda ni, saya harap anda pikir la sendiri. 

Sunday, December 22, 2013

Resepi Apam Polkadot




Resepi ni saya olah dari resepi asal dengan menggantikan tepung gandum kepada tepung Hong Kong @ tepung pau dan baking powder saya gantikan dengan double action baking powder. Semua bahan tersebut boleh dibeli di kedai-kedai bahan bakery ya adik-adik :).

Apam Polkadot (versi Strawberry)

3 biji telur (dari peti ais)
275 gm tepung Hong Kong @ tepung pau
200 gm gula halus
150 ml fresh milk / susu cair
1 tbsp ovellate
1 tsp double action baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna (merah/pink, hijau)
Inti - saya hanya guna coklat

Cara Penyediaan:

1. Ayak tepung bersama double action baking powder.
2. Panaskan pengukus.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu. Kalau guna hand mixer memang naik la muscle korang ya.
4. Masukkan ovellate dan esen vanilla. Pukul lagi.
5. Perlahankan mixer. Masukkan susu berselang-seli dengan tepung. Adunan perlu sebati dan tidak berketul-ketul. 
6. Bahagikan adunan mengikut warna yang disukai. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau takder piping bag boleh jer guna sudu. Kalau guna sudu, lubang-lubang kawah pada permukaan apam dapat dikurangkan.
7. Letakkan paper cup ke dalam acuan lompang. Saya gunakan saiz kecil jer. Paipkan/sudukan sedikit adunan, letakkan inti dan paipkan adunan lagi sehingga ke penuh. Lukiskan/dot-dot mengikut kreativiti masing-masing. 
8. Penutup pengukus saya lapikkan dengan kain bersih bagi mengelakkan air menitis di permukaan apam.
9. Susun di dalam pengukus dan kukus menggunakan api perlahan selama 10 - 15 minit bagi mengelakkan apam merekah.

* apam ni masih gebu walau dah 2 hari dalam bekas tertutup.

Pendaftaran dan Permohonan BR1M 2014

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014

       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)   
•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Jika syarat tersebut telah dipenuhi, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan. Malah, bagi mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, boleh mengemaskini data berkaitan jika perlu.

Kepada mereka yang layak, anda akan menerima makluman seterusnya samada menerusi pos atau email atau dihubungi terus oleh pihak LHDN.

ANNOUNCEMENT

BR1M 2014 Registration

Applications for 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday) 


Online application can be made via www.hasil.gov.my. 


For manual application, the forms are available at any LHDNM Branches or can be downloaded at www.hasil.gov.my or 
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

The BR1M 2014 payment will be made on February 2014. Any enquiries can be reach at BR1M Hotline 1-800-88-2716.



Ibadah Waqaf Di Hujung Jari Anda



Monday, December 16, 2013

Menang Contest Lagi :)

NIVEA 
Aidazura Md Razali6450
Farhana Bt Md Fudzee5024
Fatin Hidayah Binti Nik Aziz Suhaimi6006
Hardarshan Kaur5478
Hirna Binti Tahir5776
Irwin Tee Siew Wei5004
Julie Siow5284
Kue Siew Hua5578
Lai Keng Fong5378
Lim Siew Kyen6394
Looi Chee Mei5178
Margaret Mo Kar Yee5920
Nik Farazira Zunita Binti Mohd Pauzi5034
Norain Binti Baharom5010
Normala Payagol6522
Nurulaiza Mohamed Khair5306
Ooi Hui Nie5026
Reshmy Ranee5698
Seri Muliati Mansor5192
Sharifah Maryam Jamilah Syed Othman5326
Shinazamreena Binti Mhd Sabohi5284
Siew Mei Ling5254
Siew See Mun5488
Siti Norliza Omar6826
Siti Nur Ayu Razali5250
Tan Ee Ling5058
Young Vern Fei5370
Zaleha Binti Mat Ali5568