Thursday, November 21, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Putrajaya 50K

Putrajaya 50K



Event Details
Date : 23 November 2013 Saturday
Time : 07.00am to 04.00pm (Saturday), 9 hours
Distance:  50KM total road (1 way, selfsupport)
Venue: Taman Seri Empangan, Precint 2, Putrajaya


This is not a race, it is just a LSD. We help to expose the route. WE ARE NOT LIABLE FOR ANY INJURY OR DEATH. All at your own risk. Anyone interested to try this route, do register yourself. Limited slots available. Only available for Malaysian runner.

Registration is open now. More info here.

Takwim Persekolahan 2014

Takwim/Kalender Persekolahan 2014 untuk memudahkan ibu bapa/penjaga merancang cuti dan masa berkualiti untuk anak-anak. Check it out!



Monday, November 18, 2013

Jadual Pengajian Bulanan Surau Saidina Ali P9 November 2013


Sesiapa penduduk Putrajaya yang tinggal berhampiran Fasa 11, Presint 9 bolehlah datang. 

Sunday, November 17, 2013

Kari Ikan Ala Mamak Dengan Yogurt


2 ekor ikan bawal (atau apa saja ikan yang anda suka)


Bahan Tumis (mengikut turutan nombor)

2 ulas bawang besar 
3 ulas bawang kecil - mayang halus
2 kuntum bunga lawang
kayu manis
rempah tumis
1 inci halia
2 buji bawang putih - mayang halus




Nestle Yogurt (perisa asli) 
1 pek Tumisan Kari Ikan Maggi
3 biji bawang merah - tumbuk halus
2 biji bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus
5 batang bendi
2 biji tomato (dibelah 4)
3 biji cili merah (dibelah 2)
2 tangkai daun kari
air asam jawa
garam dan bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit miyak. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga layu kekuningan dan naik bau.

Setelah layu kekuningan dan naik bau, masukkan Tumisan Kari Ikan Maggi. Gaul rata supaya tidak hangit dan masukkan secawan air. Masak sehingga sebati.



Masukkan bendi, cili merah, tomato dan ikan. Gaul perlahan.



Setelah sayur dan isi ikan agak layu dan mesra dengan bahan tumisan, masukkan Nestle Yogurt (perisa asli) bagi menggantikan santan. Masak dengan api sederhana. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Biarkan mendidih. Matikan api. 


Siap untuk dihidang.


Sedikit Info:

Selain elok untuk kesihatan, penggunaan yogurt juga menghasilkan kari yang tidak mudah pecah minyak, lebih pekat dan tidak mudah basi.








Monday, November 11, 2013

Keluarga Saya


Bergambar kenangan Acu @ adik bongsu sebelum berangkat ke United Kingdom. Alhamdulillah ada gak ahli keluarga yang berjaya ke luar negara. Macam manalah rupanya dok kat sana. 4 ahun lak tu. Inilah hasil pengorbanan seorang ibu. Kami telah kehilangan arwah abah pada 16 Mac 1999. Selepas tu hanya emak yang membanting tulang membesarkan kami semua. Acu ketika arwah abah menghembuskan nafas terakhir baru berumur 4 tahun. Jika rindukan arwah abah, Acu akan menagis di dalam bilik. 

Bukanlah seorang ulat buku seperti mana pelajar-pelajar pandai yang lain. Dok kat rumah kalau tak tengok tv sampai lewat malam, kerjanya tak lain tak bukan dok baca komik (Kak Long supplier utama ;)), dan paling suka tidorrrr. 

Dalam gambar kat atas tu tak cukup gak ahli keluarga yang ada. Andak dengan Atam takder. Berdiri dari kiri Alang, Acu, Mak, Uda dan Anjang. Budak kenit dari kiri Nazih, Aboy, mak budak a.k.a Angah, mak budak gemuk a.k.a tuan punya blog, Mya dan Bebe.

I'm Fotofoodie Lucky Draw


Senyum lebar sampai ke telinga. Menang baucar RM30 @ Nando's daripada I'm a Fotofoodie Lucky Draw. Alhamdulillah. Dah la tengah kering-kontang, gaji lambat lagi ni, lepas la lunch dengan anak-anak. Senang jer contest ni. Daftar di Fotofoodie. Upload seberapa banyak gambar makanan yang ada dalam phone kamu semua. Jika terpilih, Fotofoodie akan email minta maklumat peribadi dan alamat untuk hantar baucar.