Monday, October 4, 2010

Result Exam ....

Alhamdulillah.... ini yang mampu aku katakan. Gumbira sangat nehh. Rasa mau peluk sesiapa jer yang ader kat sebelah (walhal takdak orang pun). Result exam sudah keluar. Walau tak dapat flying colours tetapi sudah bisa buat hati ini sangat suka.

Walaupun tak dapat A macam orang lain yang bijak pandai, sekurang-kurangnya aku mampu berbangga untuk diri sendiri atas sedikit usaha. Ada cerita disebalik exam tempoh hari dan akan dijadikan pengajaran buat diri ini. Untuk teman-teman, Cik Zilla, Nedia, Anne, Kerell dan yang lain-lain, TERIMA KASIH UNTUK KALIAN YANG BANYAK MEMBERI SEMANGAT DAN SEDIKIT KEKUATAN UNTUK AKU YANG LEMAH LEMBIK BAK AGAR-AGAR (sila muntah)....

Sebenarnya macam nak gugur jantung ni takut gagal teruk maklumlah baca note pun last minute dah tu boleh lupa exam untuk hari tersebut. Banyak sangat makan semut tu yang lupa macam penghidap alzheimer sajork... (minta dijauhkan). Untuk sem depan kena gandakan usaha untuk naikkan pointer (azam setiap kali sem baru ;p).

p/s: Mana mau carik 1.5k untuk bayar yuran. Sesiapa yang mau menderma untuk ai sila mintak nombor akaun rimau ai tau...


Monday, August 2, 2010

Tempat Baru

Hari ni bermula la kisah aku ditempat baru walau masih di Jabatan yang sama. Nak buat macam mana. Saya Yang Menurut Perintah. Berkemungkinan hujung bulan ni akan bertukar ke Jabatan baru tetapi masih memikirkan sama ada perlu tukar atau tidak. Banyak sangat kemungkinan yang perlu difikirkan. Mungkin akan kekal di sini buat 2 tahun lagi.


Friday, July 30, 2010

Suasana Baru....

Bermula 2 Ogos 2010 aku akan ditempatkan di Unit baru dan mungkin selepas ini ke Jabatan baru lak. Hu...huuuu.... sedih sebenarnya tapi ini yang terbaik.

Sunday, June 13, 2010

Sanggul Tinggi Tidak Haram...

Sanggul Arab TIDAK HARAM

SILA BACA SEMUA HUJAH UTK KEFAHAMAN YG JELAS DAN MUTLAK :)
Sanggul Arab - Is it haram

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.
May 18 at 8:19pm · Delete Post
#
========================
dan ni dari salah satu website yang membincangkan tentang sanggul ni:
Salam kepada adik2 sekalian,

Semoga kita semua dirahmati Allah. Sewajarnya dalam kita bercakap tentang sesuatu hukum, perkara "agak2" dan "rasa2" itu perlu dielakkan. Islam mendidik kita agar membuat sesuatu dengan yakin, bukan dengan "rasa2" dan "agak2". Apatah lagi bercakap tentang hukum, soal agama tak boleh dibuat dengan sekadar "agak2" dan sangkaan semata-mata.

Berkenaan dengan sanggul, tidak ada pun hadis atau pandangan ulama' yang mengatakan sanggul itu aurat. Jelas pandangan majoriti sarjana menyatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tangan hingga pergelangan. Wanita juga dinasihatkan agar tidak memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh yang boleh mengundang pandangan lelaki.

Begitu juga memakai pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki. Namun bentuk pakaian yang menarik perhatian ini adalah bergantung kepada suasana setempat. Ia subjektif, dan biarlah masyarakat yang menentukannya.

Tentang sanggul, biarlah kita bersederhana dalam mengamalkan Islam. Janganlah terlalu ingin "mencegah" sehingga kita seolah2 menyusahkan masyarakat. Kalau dah rambut panjang, tentulah kena ikat. Bila nak pakai tudung dengan baik tentulah ada sanggul. Takkan kita nak suruh wanita berambut pendek pula. Biarlah bersederhana lah. Jangan pakai kaedah sadd al-dhari'ah secara membuta tuli tanpa asas pengetahuan yang kukuh.

Soal lelaki akan terbayang itu soal peribadi dia lah. Islam sendiri suruh lelaki menjaga pandangannya dan menjaga hatinya agar tidak melakukan zina hati. Walaupun hakikatnya bukan senang untuk mengelakkan zina hati ini, kerana anak Adam telah ditetapkan untuk terkena sedikit sebanyak. (rujuk tulisan saya dalam jawapan kepada persoalan zina hati)

Tentang hadis kepala perempuan seperti bonggol unta, para sarjana hadis telah menghuraikannya iaitu mereka yang mendedahkan rambut mereka.

So saya harap jelas. Bersederhanalah mengamalkan ajaran Islam.
Sabda Rasulullah: "Awas daripada terlalu bersikap ekstrem dalam mengamalkan agama, kerana umat sebelum kamu telah hancur, kerana sikap eksrtem dalam beragama." [Muslim]

dan ini:

Assalamualaikum Warahmatullah.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.


Wallahualam.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=10564&rowstart=30

(credit to munna subri)
---------------
May 19 at 10:19pm ·
#
Farwina Faroque credit to wardina safiyyah:

from ustaz asri - the sanggul tinggi is NOT HARAM - kita tak boleh menyebarkan sesuatu yang kita pun belum pasti. hadith berkenaan (merujuk kepada posting pertama topik ini) tidak jelas samada bercakap mengenai sanggul atau jalan yg melenggok. yang lebih membawa mudarat ialah wanita yang berjalan dengan lenggok, dengan niat untuk menggoda.

isteri rasulullah seperti ummu salamah juga bersanggul, tetapi tidak jelas samada sanggul mereka tinggi atau tidak. ini kerana ummu salamah pernah mengatakan bahawa tidak perlu bagi wanita merungkaikan sanggul tatkala mandi.

~DIGALAKKAN ANDA UTK SEBARKAN ~ :)

Credit to http://farwinafaroque.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

Cuti Yang Tidak Cuti...

Esok cuti tapi macam tak cuti jer. Banyak asignment nak kena siapkan. Dah gi library tapi tak banyak membantu atau aku yang tak pandai carik. Lagi seminggu dah nak mid term, yang pasti nota pun tak buat lagik... Adeh...

Malam ni kekononnya nak siapkan mana yang sempat. Mata aku ni dah mcm mata panda la lepas tu. Tak suker tau... Azam nak kurus pun terbantut lagik. Ermmm...

Tiada Kerojerr..

Nak balik belum sampai masanya, so melawat dari belog ke belog. Tengok kat Filla punya belog dok buat muka after 20 tahun. Wahhhh... adakah aku masih gebuzzz bila dah tua nanti, masih cantik or berkedut seribu... Ni linknya in20years.com.



Wallaaaa... I masih cun sehh... Jangan muntah lak korang.

Thursday, June 3, 2010

Selipar Kena Curikk...

Lamanya tak hapdet belog ni. Ni nak citer pasal peristiwa semalam. Balik jer kejer terus gi amik anak kat umah pengasuh. Pengasuhku namanya Kak Ida. Sampai depan umah pengasuh, tengok kasut dorang takder. Mungkin kat dalam umah kot. Tanya ngan pengasuh mana kasut dorang. Kak Ida kata ader kat luar. Dah sah... HILANG!!!

Kasut tu murah jer hoccay.. Keross cap hayam jer. Naper kasut tu jugak yang korang nak curik. Si kakak dah nangis macam haper ntah. Si Bebe rileks jer. Nak buat camner dah takder rezeki. Terpaksa la berkaki ayam balik ke rumah.

Untuk si pencuri tu, aku halalkan jer la. So, malam tadik terpaksa la ke pasar malam untuk mencari Keros cap hayam.

Saturday, April 17, 2010

Tinggal Sepi - Amy Search


Tajuk/Lirik Lagu: Tinggal Sepi
Penyanyi: Amy Search

Kalimah indah
Kau masih bergema
Cermin suluh ku pecah sejuta
Kau adalah segalanya
Kau mampu bermegah
Aku pula melutut ke bumi

(Korus)

Tinggal sepi
Dikamar dingin ini
Menanggal duri-duri
Dalam taman hati

Tinggal sendu
Semua ditimbus tepu
Hati semakin beku
Kau terus berlalu
Tinggal sepi

Jangan tanya lagi
Jangan tambahkan pedih
Cukuplah sudah ku derita
Kau yg sememang hebat
Semakin sempurna
Aku yg silap memujamu

(Ulang Korus)

Kenapakah terjadi
Sangkaku tak menjadi
Jadi sekali lagi
Oh satu misteri

(Ulang Korus)

Semester Baru..

Semalam telah bermula semester baru. Tempat pun telah berpindah ke Institut Profesional Baitulmal. Kelas bermula 8.00 malam tapi 6.00 petang dah gerak dari rumah. Mya ngan Umai tinggal ngan Mak. En. Lan hantar ngan moto coz bateri kete dah 'kong'.

Perancangan sebenarnya nak gi ngan Cik Zilla dan Nedia but Cik Zilla EL lak. Dengan hanya berpandukan sehelai map, sesat gak kat Pandan Indah. So, pencarian berjaya jugak akhirnya ke IPB. Bila call Nedia dan Cik Zilla dorang belum sampai lagi. Lepak jap sambil tengok tempat. Nampak macam best tapi public transport cuma cab ngan bas jer. Klu turun di Stesen Maluri terpaksa amik cab ke sini. Tak boleh la nak mengulor lagik. No fast food gak. Bak kata Yanti "fast food fast die".

Satu je kelemahan aku bila kelas malam, perut akan kembung macam mengandung 5 bulan. Mungkin stress. Kelas malam tu Hubungan Manusia. Lecturer pun baru gak dari UUM, En. Na'eim. Nampak macam garang tapi seronok bila dia lect. Walaupun kekadang terbabas mengantuk yang pasti tahap ketensionan tiada langsung. Habis kelas dalam 12.00 malam. Sampai jer umah ajak En. Lan gi tapau kat mapley. Lepas makan, lepak jap pastu terlelap tidak sedarkan diri.


Tuesday, April 6, 2010

Pangkor….

Trip kali ni ke Pulau Pangkor. Korang pun tau kat mana kan. Sebenarnya aku hati aku asik memikirkan nak pi ke tak. Kebetulan En. Lan ader lawan dart lak kat N9. So, setelah berjaya dipujuk oleh Cik Zilla, maka sampai la aku ke Pulau Pangkor.

Urusan tempahan bilik semua diuruskan oleh Cik Zilla, cam biasa keje aku beli tiket bas. Nasib la tiket masih ader walau pun terpaksa duduk di belakang pemandu bas. Kekonon co-pilot gitu. Kali ni yang gi cuma aku, Cik Zilla, Nedia ngan Anne. Geng Langkawi tak dapat pi.

Kami bertolak dari Puduraya jam 11.50 tgh malam. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Sepanjang perjalanan asik layan lagu rock kapak. Layan jer la. Biasa la klu naik bas jer yang pasti mata dah lena. Sampai Lumut dalam 4.00 pagi. Nak gi lepak kat masjid tapi tutup lagi. Terpaksa la melepak kat stesen bas tu sambil bergossip ditemani anjing yang dok lalu lalang kat depan kami. Dalam kul 5.30 pagi terus gi masjid, bersihkan diri, solat pastu gi lepak kat tepi Jeti Lumut. Lepak kat sini sambil tengok matahari terbit. Pastu gi breakfast. Yang bestnya Nedia makan dengan bersungguh-sungguh sekali. Selesai makan gi Jeti untuk ke Pulau Pangkor. Sebelum tu tapau Char Koy. Mana la tau kalau lapar dalam feri nanti.



Langkah bermula.......

Subhanallah........



?????????




Terminal Jeti Lumut

Naik je feri tengok dah penuh, so terpaksalah berdiri. Tapi satu jer yg tak best, keselamatan penumpang ’ ZERO’. Life jacket tu sekadar perhiasan jer. Ada peristiwa nak kata memalukan boleh jugak kot. Untuk mencoverkan diri buat bodoh jer la. Ambil teksi pastu round Pangkor. Dengan badan melekit, muka berminyak asik snap gambar jer kejenya. Aku amik gambar Nedia, Nedia amik gambar Cik Zilla, Cik Zilla ambil gambar aku. Tu la keje kami.


Enchik Pinky @ Cik Zilla

Abis round Pangkor, gi check-in di Suria Beach Resort. Keadaan bilik memang selesa dan dekat dengan tempat makan. Dah penat lepas mandi terus lelap tak hengat dunia... Tersedar pun dah pukul 2.00 petang, tu pun sebab Anne dah sampai.