Sunday, December 22, 2013

Resepi Apam Polkadot




Resepi ni saya olah dari resepi asal dengan menggantikan tepung gandum kepada tepung Hong Kong @ tepung pau dan baking powder saya gantikan dengan double action baking powder. Semua bahan tersebut boleh dibeli di kedai-kedai bahan bakery ya adik-adik :).

Apam Polkadot (versi Strawberry)

3 biji telur (dari peti ais)
275 gm tepung Hong Kong @ tepung pau
200 gm gula halus
150 ml fresh milk / susu cair
1 tbsp ovellate
1 tsp double action baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna (merah/pink, hijau)
Inti - saya hanya guna coklat

Cara Penyediaan:

1. Ayak tepung bersama double action baking powder.
2. Panaskan pengukus.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu. Kalau guna hand mixer memang naik la muscle korang ya.
4. Masukkan ovellate dan esen vanilla. Pukul lagi.
5. Perlahankan mixer. Masukkan susu berselang-seli dengan tepung. Adunan perlu sebati dan tidak berketul-ketul. 
6. Bahagikan adunan mengikut warna yang disukai. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau takder piping bag boleh jer guna sudu. Kalau guna sudu, lubang-lubang kawah pada permukaan apam dapat dikurangkan.
7. Letakkan paper cup ke dalam acuan lompang. Saya gunakan saiz kecil jer. Paipkan/sudukan sedikit adunan, letakkan inti dan paipkan adunan lagi sehingga ke penuh. Lukiskan/dot-dot mengikut kreativiti masing-masing. 
8. Penutup pengukus saya lapikkan dengan kain bersih bagi mengelakkan air menitis di permukaan apam.
9. Susun di dalam pengukus dan kukus menggunakan api perlahan selama 10 - 15 minit bagi mengelakkan apam merekah.

* apam ni masih gebu walau dah 2 hari dalam bekas tertutup.

Pendaftaran dan Permohonan BR1M 2014

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2014

       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)   
•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Jika syarat tersebut telah dipenuhi, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan. Malah, bagi mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, boleh mengemaskini data berkaitan jika perlu.

Kepada mereka yang layak, anda akan menerima makluman seterusnya samada menerusi pos atau email atau dihubungi terus oleh pihak LHDN.

ANNOUNCEMENT

BR1M 2014 Registration

Applications for 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday) 


Online application can be made via www.hasil.gov.my. 


For manual application, the forms are available at any LHDNM Branches or can be downloaded at www.hasil.gov.my or 
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

The BR1M 2014 payment will be made on February 2014. Any enquiries can be reach at BR1M Hotline 1-800-88-2716.



Ibadah Waqaf Di Hujung Jari Anda