Monday, November 11, 2013

Keluarga Saya


Bergambar kenangan Acu @ adik bongsu sebelum berangkat ke United Kingdom. Alhamdulillah ada gak ahli keluarga yang berjaya ke luar negara. Macam manalah rupanya dok kat sana. 4 ahun lak tu. Inilah hasil pengorbanan seorang ibu. Kami telah kehilangan arwah abah pada 16 Mac 1999. Selepas tu hanya emak yang membanting tulang membesarkan kami semua. Acu ketika arwah abah menghembuskan nafas terakhir baru berumur 4 tahun. Jika rindukan arwah abah, Acu akan menagis di dalam bilik. 

Bukanlah seorang ulat buku seperti mana pelajar-pelajar pandai yang lain. Dok kat rumah kalau tak tengok tv sampai lewat malam, kerjanya tak lain tak bukan dok baca komik (Kak Long supplier utama ;)), dan paling suka tidorrrr. 

Dalam gambar kat atas tu tak cukup gak ahli keluarga yang ada. Andak dengan Atam takder. Berdiri dari kiri Alang, Acu, Mak, Uda dan Anjang. Budak kenit dari kiri Nazih, Aboy, mak budak a.k.a Angah, mak budak gemuk a.k.a tuan punya blog, Mya dan Bebe.

I'm Fotofoodie Lucky Draw


Senyum lebar sampai ke telinga. Menang baucar RM30 @ Nando's daripada I'm a Fotofoodie Lucky Draw. Alhamdulillah. Dah la tengah kering-kontang, gaji lambat lagi ni, lepas la lunch dengan anak-anak. Senang jer contest ni. Daftar di Fotofoodie. Upload seberapa banyak gambar makanan yang ada dalam phone kamu semua. Jika terpilih, Fotofoodie akan email minta maklumat peribadi dan alamat untuk hantar baucar.