Saturday, December 15, 2018

Hijrah

Assalammualaikum....

Allah, bersawang spiderman kat blog kita ;) 
Sebenarnya nak masuk 2 tahun kita sudah berhijrah ke Johor. Sekarang ni menetap di Kluang. Akak jadi orang Kluangman :)

Ada yang tanya, seronok ker duduk negeri orang. Hrmmmm... Sejak selepas SPM lagi dah merantau sebenarnya. 1996, dari Hutan Melintang ke Manjung selama hampir setahun. 1997 Manjung ke Shah Alam, akak jadi minah kilang kat Seksyen 16, Shah Alam. Lepas tu keje kat AEON Bandar Baru Bukit Raja sehingga 1999. Awal tahun 1999 Shah Alam ke Serdang sehingga 2002. Kat sini bermula hidup sebagai student di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia. Habis study keje sementara di Sri Serdang. 2002 Serdang ke Bangi & Putrajaya sehingga 2017. Lama kan baru berhijrah ke Kluang. 

Banyak cerita pahit manis sepanjang merantau di negeri orang samaada ketika menuntut ilmu atau mencari rezeki. Sekarang pun masih berulang alik Kluang - Putrajaya setiap 2 bulan sekali untuk kelas masakan di Masjid Putra, Putrajaya. Insyaallah, tahun hadapan setiap bulan akan ke sana. Rezeki kita masih di Putrajaya. Alhamdulillah.........


Ada yang rindu ke ;)

Insyaallah, tahun 2019, blog ini akan dipenuhkan dengan resepi dan cerita-cerita yang sesuai.

Hingga jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment