Thursday, March 7, 2013

Seri's Spa @ Telekung Project Club House






ITELEKUNG PROJECT ini bermula daripada idea seorang anak kecil bernama bernama Sofea dan ibunya Puan Azila Aziz. Idea bermula apabila Puan Azila mula ingin melatih anaknya yang kini berusia 7 tahun untuk bersolat. Rutin harian yang adakala perlu berada di luar rumah, maka sudah pasti Puan Azila perlu singgah ke surau atau R&R berdekatan untuk menunaikan solat seperti lazimnya.

Maka, ditakdirkan suatu hari mereka singgah di satu surau di pusat membeli belah namun mendapati telekung yang disediakan dalam keadaan tidak terjaga dan kotor.Dari situ seperti anak-anak lain yang gemar bertanya, Sofea turut bertanyakan pada ibunya tentang betapa Islam menitikberatkan kebersihan dalam segala segala segi terutamanya dalam beribadah.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti terdetik rasa hati bagaimana seorang anak kecil boleh melihat sesuatu yang tidak terfikir oleh orang dewasa.Dari situ, mulalah semangat Puan Azila dan anak-anak untuk mula membawa pulang telekung yang kotor untuk dibasuh sebelum dikembalikan semula ke tempat asalnya.Maka, untuk itu perlu ada stok simpanan telekung lain sementara menanti telekung yang kotor siap dibasuh dipulangkan kembali.

Kredit http://nurainvivian.blogspot.com/2012/07/apa-tu-telekung-project.html

Tuesday, February 19, 2013

1 Million Women Purple Walk


APAKAH ITU 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK?

1 Miliion Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan di adakan serentak di seluruh negara. Program ini adalah selaras dengan Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani yang bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli Perwani di seluruh Malaysia dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai peranan serta sumbangan 1Malaysia Komuniti Perwani terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mac 2013 di Dataran Putrajaya.


Jika anda WANITA, jom kita sertai aktiviti ni. Selain beriadah boleh dapat kenal kawan-kawan baru. Siapa yang dah daftar sila komen ya.

Sunday, January 20, 2013

Bersiaran Semula

Lamanya tak jenguk blog sendiri. Perlu lebih rajin untuk menulis. Kadang-kadang ada perkara tidak terluah dengan perkataan, maka di sini sahaja semuanya akan terluah. Cuma, bukan bermakna setiap perkara itu perlu menjadi bahan tatapan pembaca (ada ker yang baca blog saya ni;) ). Ada yang perlu disimpan di dalam diri dan itu adalah RAHSIA.

Sunday, December 9, 2012

Kembali...

Mencari kembali mood berblog. Agak sibuk dengan tempahan Durian Crepe yang tak pernah putus-putus. Rezeki namanya. Blog lagi satu tu pun tak berupdate gak. Tunggulah lappy dah keluar dari spital, bolehlah ku menggedik semula...

Thursday, March 29, 2012

Sesi Pembersihan.....

Wuhuuuu.... Belog ku telah bersawang.... Nak buat macam mana.. Ada bende nak tulis tapi tak tau nak tulis camna... So tataplah dulu Cik Baldu Merah a.k.a Red Velvet. Kalau teringin nak makan, mai la order ngan saya. Plz check this blog for order http://chocolattehouse.blogspot.com/ ....

... 

Monday, September 26, 2011

Belog yang bersawang...

Baru nak menjengah belog sendiri. Asik baca belog orang jer. Elok sangat la tu. Buat 1 post untuk awal tahun dan 1 post lagi untuk akhir tahun. Oktober bakal menjelma. Maknanya umurku makin bertambah. Makin tua yer bukan makin muda. Tahun ni macam2 yg terjadi. Ada yang buat aku tersenyum lebar bak iklan Darlie, ada yang buat aku menangis macam nak giler (nasib baik tak giler betul2). Tak per la. Anggap itu semuanya ujian. 

Insyallah, kelas akan bermula akhir Oktober. So, pepandai la carik duit nak buat bayar yuran. Macam2 yang terpikir kat dalam kepala ni, tapi tak tau nak mula yang mana satu. Moga2, tahun depan adalah lebih baik dari tahun2 yang sebelum ni..

Monday, January 31, 2011

Post Pertama Tahun 2011

Dah bersawang jer belog aku ni. Asik meronda belog orang, belog sendiri terbiar. Azam tahun ni nak rajin2kan jari ni menaip di belog. Tunggukan kemunculanku... Ewahh..

Monday, October 4, 2010

Result Exam ....

Alhamdulillah.... ini yang mampu aku katakan. Gumbira sangat nehh. Rasa mau peluk sesiapa jer yang ader kat sebelah (walhal takdak orang pun). Result exam sudah keluar. Walau tak dapat flying colours tetapi sudah bisa buat hati ini sangat suka.

Walaupun tak dapat A macam orang lain yang bijak pandai, sekurang-kurangnya aku mampu berbangga untuk diri sendiri atas sedikit usaha. Ada cerita disebalik exam tempoh hari dan akan dijadikan pengajaran buat diri ini. Untuk teman-teman, Cik Zilla, Nedia, Anne, Kerell dan yang lain-lain, TERIMA KASIH UNTUK KALIAN YANG BANYAK MEMBERI SEMANGAT DAN SEDIKIT KEKUATAN UNTUK AKU YANG LEMAH LEMBIK BAK AGAR-AGAR (sila muntah)....

Sebenarnya macam nak gugur jantung ni takut gagal teruk maklumlah baca note pun last minute dah tu boleh lupa exam untuk hari tersebut. Banyak sangat makan semut tu yang lupa macam penghidap alzheimer sajork... (minta dijauhkan). Untuk sem depan kena gandakan usaha untuk naikkan pointer (azam setiap kali sem baru ;p).

p/s: Mana mau carik 1.5k untuk bayar yuran. Sesiapa yang mau menderma untuk ai sila mintak nombor akaun rimau ai tau...


Monday, August 2, 2010

Tempat Baru

Hari ni bermula la kisah aku ditempat baru walau masih di Jabatan yang sama. Nak buat macam mana. Saya Yang Menurut Perintah. Berkemungkinan hujung bulan ni akan bertukar ke Jabatan baru tetapi masih memikirkan sama ada perlu tukar atau tidak. Banyak sangat kemungkinan yang perlu difikirkan. Mungkin akan kekal di sini buat 2 tahun lagi.


Friday, July 30, 2010

Suasana Baru....

Bermula 2 Ogos 2010 aku akan ditempatkan di Unit baru dan mungkin selepas ini ke Jabatan baru lak. Hu...huuuu.... sedih sebenarnya tapi ini yang terbaik.