Resepi ni saya olah dari resepi asal dengan menggantikan tepung gandum kepada tepung Hong Kong @ tepung pau dan baking powder saya gantikan dengan double action baking powder. Semua bahan tersebut boleh dibeli di kedai-kedai bahan bakery ya adik-adik :).
Apam Polkadot (versi Strawberry)
3 biji telur (dari peti ais)
275 gm tepung Hong Kong @ tepung pau
200 gm gula halus
150 ml fresh milk / susu cair
1 tbsp ovellate
1 tsp double action baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna (merah/pink, hijau)
Inti - saya hanya guna coklat
Cara Penyediaan:
1. Ayak tepung bersama double action baking powder.
2. Panaskan pengukus.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu. Kalau guna hand mixer memang naik la muscle korang ya.
4. Masukkan ovellate dan esen vanilla. Pukul lagi.
5. Perlahankan mixer. Masukkan susu berselang-seli dengan tepung. Adunan perlu sebati dan tidak berketul-ketul.
6. Bahagikan adunan mengikut warna yang disukai. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau takder piping bag boleh jer guna sudu. Kalau guna sudu, lubang-lubang kawah pada permukaan apam dapat dikurangkan.
7. Letakkan paper cup ke dalam acuan lompang. Saya gunakan saiz kecil jer. Paipkan/sudukan sedikit adunan, letakkan inti dan paipkan adunan lagi sehingga ke penuh. Lukiskan/dot-dot mengikut kreativiti masing-masing.
8. Penutup pengukus saya lapikkan dengan kain bersih bagi mengelakkan air menitis di permukaan apam.
9. Susun di dalam pengukus dan kukus menggunakan api perlahan selama 10 - 15 minit bagi mengelakkan apam merekah.
* apam ni masih gebu walau dah 2 hari dalam bekas tertutup.
No comments:
Post a Comment